Berkongsi Cerita: Kisah mama & TIROID.

Sunday, May 31, 2015

Kisah mama & TIROID.

Lebih kurang berbelas tahun lepas, mama mengidap tiroid. Masa tu saya masih bersekolah. Dah macam-macam rawatan mama cuba, ubat-ubatan altenatif dan rawatan tradisional.

Tapi selalunya, penyakit tiroid tu hilang sekejap jer, lepas tu akan datang balik.
Bila sakit tu datang mama akan lemah sangat, kaki tangan menggeletar, jantung mula berdegup kencang, badan pun akan makin susut. Leher pulak makin bengkak.

Seiring pertambahan usia, badan mama mungkin tidak dapat menampung lagi kesan tiroid tu. Keadaan makin teruk dan doktor sahkan tiroid tu mula memberi kesan pada jantung. Keadaan mama makin tak stabil, kesan ubat-ubatan hormon jadi tak stabil, mama jadi pemarah, selalu tak sihat, sukar tidur, tekanan darah menaik.

Akhirnya pada 2008 mama mengambil keputusan untuk buat pembedahan membuang kelenjar tirod tu. Alhamdulillah mama selamat menjalani pembedahan walaupun pada awalnya takut jugak, sebab antara risikonya adalah dikatakan hilang suara!

Kini 2015..

Saya baru tahu, tiroid ada 2 jenis iaitu Hypothyroid & Hyperthyroid.

Dari pemerhatian saya, mama mengalami hyperthuroid iaitu hormon tiroid lebih tinggi dari kadar biasa. Tanda-tanda yang paling ketara bagi pengidap tiroid hyper adalah:


  • Bengkak di leher
  • Cirit birit
  • Degupan jantung bertambah dan sentiasa berdebar-debar
  • Gementar/gelisah
  • Haid tidak teratur
  • Kurang penumpuan
  • Mata menjadi besar
  • Angin yang tidak menentu
  • Kejang otot
  • Osteoporosis
  • Peluh yang banyak
  • Duhu badan naik, tidak tahan panas
  • Sukar bernafas
  • Sukar tidur
  • Berat badan menurun
  • Lemah


Kebanyakan tanda-tanda ni memang ada pada mama masa tu.

Kesan Pembedahan Hingga Sekarang

Mama masih perlu check up sebulan sekali dengan doktor pakar. Kadang-kadang perlu ambil darah.

Perlu makan ubat sepanjang hayat. Banyak betul ubat mama. Kalau pegi mana-mana memang seplastik sederhana besar tu penuh dengan ubat je. huhu. Tak sanggup rasanya kalau saya yang perlu makan ubat banyak tu.

Info : Hormon tiroid penting dalam membantu setiap sel tisu dan organ berfungsi dengan baik. Justeru, ia membantu tubuh bertenaga, memastikan tubuh sentiasa panas, selain otak, jantung, otak dan organ berfungsi dengan baik.

Oleh sebab inilah, mama masih perlu bergantung pada ubat sepanjang hayat. Sebab mama dah tiada kelenjar tirod. Dah dibuang semasa pembedahan.

Antara kesan lain adalah, mama mudah jatuh sakit dan sering keletihan. Mungkin ia turut memberi kesan kepada sistem imun.

Saya stop setakat ini dulu, nanti saya akan ceritakan mengenai satu penawar bagi pesakit tiroid, terutamanya yang baru-baru kena. Mungkin penyakit ini dapat dibendung dari terus serius jika kita mengambil langkah awal.

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard