Berkongsi Cerita: September 2017

Friday, September 22, 2017

3 Langkah Hadapi Ujian Dengan Tenang

Saya tengah baca buku Mencari Tuhan Yang Hilang tulisan Ust Yusuf Mansur.


Nak share sikit perkara penting yang dibaca semalam. Tentang bagaimana sepatutnya kita hadapi ujian Allah.

Kata ustaz, bila terima musibah / masalah, jangan terus nak salahkan orang lain atau persekitaran kita.

Contoh :

Duit kita dicuri orang. Apa nak buat?

1. Syukur dulu, takdir Allah pasti baik. Duit tu tetap hilang dari kita, walau bagaimana pun caranya.

Syukur sebab duit tu hilang kerana dicuri, bukan kerana kita / anak sakit lalu terpaksa keluarkan duit untuk biaya rawatan.

2. Muhasabah diri, mengapa Allah izinkan orang tu curi duit kita. Check dari mana kita dapat duit tu.

Jika dari sumber yang Allah tak redha, syukur Allah sedang bersihkan harta kita.

Jika sumbernya baik, maka itu adalah ujian dari Allah buat kita.

3. Sabar dan redha dengan ujianNya. Ingat, makin dalam redha kita terhadap sesuatu ujian, makin besar rezeki Allah beri nanti. Pertolongan Allah pasti datang bila kita redha.

Dapat sesuatu?

Syakirah Kapli
Skuad Elit FTR
baca lagi

Saturday, September 16, 2017

Jangan Buat Kerja Tuhan

Tazkirah kegemaran saya dari Ustaz Fathuri :

'Apabila kita cuba melakukan yang wajib, apabila setiap hari saya hanya melakukan yang wajib; Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isyak, kalau berniaga, ianya ibarat cuma PULANG MODAL, tidak ada untung.

Melakukan yang sunat2 itu lah UNTUNG.

Justeru, mereka yang faham hal ini, bahawa kita mempunyai kehidupan lain di negeri 'sana', akan membuat banyak 'untung', dengan melakukan yang sunat-sunat dengan banyak.

Justeru, solat dhuha itu maksimum kebanyakan ulama cakap 8 rakaat.

Nah.

Siapa yang sanggup dan berani melakukan 8 rakaat mulai hari ini?

Apabila Allah kata cukup, itu cukup, apa maksudnya?

Sebutir telur apabila dipecahkan, yang kelihatan hanyalah lendir kuning dan putih. Setuju?



Dan ini kita sangat yakin.

Kemudian, apabila telur tadi, dengan aturan tertentu, diletakkan, dieram oleh seekor ibu ayam, atau menggunakan teknologi tertentu, dari lendir kuning dan putih itu menjelma daging ayam, tulang ayam, darah ayam, bulu ayam, menjelma seekor anak ayam yang hidup bernyawa, bersuara.

Dari dulu, kini, hingga hari kiamat, tidak akan ada satu makhluk yang boleh melakukannya.

Yang boleh dilakukan hanya melakukan aturan, yakni letakkan telur tadi sepertimana mengikut aturan. Maka, lendir kuning dan putih telur tadi menjelma menjadi seekor anak ayam yang bernyawa.

Meletakkan telur sepertimana aturannya, itu namanya Sunnatullah. Siapa pun ia, solat atau tidak, kafir atau Islam, melakukan sunnatullah akan mendapat hasil.

Pahala hanya untuk orang beriman.

Hasil, semua akan dapat.

Justeru, orang beriman, fikirannya bijak 'sana'.

Apabila melakukan sesuatu, dia akan berfikir, apakah bijak di 'sini' sahaja, atau bijak di 'sana' juga?

Begitulah.

Kembali kepada telur ayam tadi. Apa maksudnya ini?

Itu namanya Kudratullah. Hanya Allah yang mampu melakukan.

Apabila Allah kata cukup, CUKUP!

Apa kaitan solat Dhuha dengan rezeki?

Kita tidak tahu.

Kita di sini, di atas sejadah, solat.
Kemudian Allah janji, CUKUP!

Macamana nak connect?
Itu kerja Allah.

Melalui apa, melalui siapa, bagaimana, bila, itu kerja Allah.

Kerja saya, solat sahaja.
Kerja saya, letakkan telur itu di situ sahaja.

Selebihnya, urusan Allah.

Sebab itu, orang beriman mudah saja hidupnya, kerana dia hanya perlu berfikir bagaimana untuk melakukan apa yang perlu dilakukan. Selebihnya, serahkan pada Allah.

Tetapi orang yang tidak beriman, akan mengerah segala tenaga dan urat saraf, berfikir siang malam, untuk menyelesaikan kerja Allah!

Kerana itu, wajahnya tua, sebelum tua. '

-Ustaz Fathuri Salehuddin, Bicara Addin
baca lagi
 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard