Berkongsi Cerita: July 2017

Monday, July 31, 2017

"Suami dah tak marah-marah macam dulu.."

Awal bulan haritu, saya ada share tentang "Sakit Hati Penyekat Rezeki" yang saya baca dari buku Formula Tarik Rezeki.

Dari sharing tu, saya terima beberapa respon dari sahabat yang membacanya.

Salah satu yang menjentik emosi saya, sorang sis ni, pembaca FTR juga, whatsapp saya.. Katanya suaminya selalu buat beliau rasa sakit hati.

Suaminya panas baran, sis ni rasa seolah beliau jadi tempat suaminya lepas kemarahan. Walau tak sampai tahap pukul, namun emosinya terseksa.

Beliau juga tak mampu nak teruskan baca FTR dan menangis terukk. Emosinya kelihatan terganggu, sampai tahap nak minta cerai.

Dengan pengetahuan yang amat terbatas, saya cuba tenangkan sis ni sambil mohon Allah bantu saya, aturkan ayat yang boleh bantu ringankan bebannya.

Saya pesan supaya beliau selalu sedekahkan Al-Fatihah buat suami, fokus hubungannya dengan Allah, perbaiki diri dan cuba buat task FTR tu. InsyaAllah nanti Allah baiki orang sekeliling, termasuk suaminya.

3 hari lepas, sis ni whatsapp saya. Lihat gambar. Yang atas tu masa mula-mula beliau whatsapp saya dan bahagin bawah tu 3 hari lepas.


Alhamdulillah syukur.. lega rasanya baca whatsapp ringkas beliau. Sama-sama doakan ya, moga beliau, suami dan seisi keluarga terus bahagia di dunia dan akhirat. Aamin..

Rezeki bukan sekadar duit. Kebahagian dan ketenangan dalam keluarga juga rezeki paling besar dan bermakna dalam hidup.

Syakirah Kapli
Skuad Elit FTR

P/s: Sahabat boleh order FTR dengan klik - Order FTR - ATAU whatsapp 019-4917769.
baca lagi

Sunday, July 30, 2017

Kisah Keajaiban Solat Dhuha 12 Rakaat

Assalamualaikum sahabat. Hari ni nak share pengalaman seorang pembaca Formula Tarik Rezeki (FTR) ni. Baru-baru ni dia bagitau nak buat solat dhuha 12 rakaat. Biasanya buat 2 jer.

Berselang 2 hari sis ni whatsapp saya lagi. Jom ikuti cerita beliau...

+ + + + +

Saya baru 2 kali buat dhuha 12 rakaat...

Tapi hari ni rezeki makanan melimpah ruah kirah...baru rini nak start diet..😂😂...nampaknya terkubur lagi...

Bersyukur sangat2...

Baru terlintas kat hati nak makan ketupat tapi xdela macam kempunan sangat...tiba tiba petang tadi mak mertua datang hantar ketupat...bukan tu aje Allah kirimkan sekali pisang dan serawa durian...memang tak masak apa apa dah petang tadi...

Malam ni janji dengan asben nak pergi pasar malam cari lauk basah..sekali asben balik keje kat pukul 9 pm dah...

Dia tak yakin nak pergi takut dah tak ada...saya kata tak apa kita pergi dulu...ada tak ada lain crite.

Sampai kat p.malam semua orang dok mengemas tapi peliknya yang jual lauk basah still lagi dok meniaga macam tak nak balik...😅😅

Masa sampai kat tempat jual ayam, ada 3 ekor ag ayam yang ada..tiba tiba tauke ayam tu suruh amik semua & nak bagi harga RM 25...

Saya dengan asben main mata plak...😆😆...yela macam tak caya...btol ke...

Saiz ayam sedang sedang je...kalau sekor tu mungkin dalam RM13 or RM14...

So kami dengan besar hati iyekan aje...tiba tiba plak tauke sotong yang sebelah gerai ayam tu nak bagi 4 pinggan sotong dengan harga RM 10...tapi kami tak amik sebab saiz sotong...saya memang kurang rajin kalau nak cuci sotong yang saiz kecik...😅😅..asben memang cukup faham...😂😂..so kami tolak...

Beli ikan sekilo tapi nampak banyak dari biasa..sampai tanya diri mata aku ker yang rabun...☺☺...

Semua gerai gerai yang saya niat nak singgah tu seolah olah menunggu kedatangan saya.. Lepas tu layanan diaorang 5 bintang...mesra dan senyum jaa...sejuk je hati...

Buat pertama kali datang p.malam ni saya rasa seolah olah kehadiran saya di tunggu dan diraikan ..

Akak yang jual ikan bilis sebelum ni tak senyum pun boleh senyum mesra dengan saya malam ni...

Sebenarnya masa nak datang p.malam ni saya risau pasal duit.. takut tak cukup sebab asben ada RM 60 ja...tak dan nak cucuk duit...

Tapi alhamdulillah dengan hnya RM 60 kami boleh beli ayam 3 ekor, ikan sekilo, ikan bilis, sayur sayur, air, pasembor....

Kalau tak biasa cecah RM 100 untuk lauk lauk ni....

Biasanya kalau kami datang kat koi 9 pm bahagian lauk lauk basah memang dah kemas dah..ni koi 9 lebih dok meniaga lagi...pelik bebenor...

Lepas tu tak pernah pulak dapat harga murah dengan kuantiti barang macam ni...walaupun datang lambat...walaupun diaorang nak habiskan barang dagangan..

Alhamdulillah....harini rezeki memang melimpah ruah...tak putus putus...

Dhuha 12 rakaat memang power &  "menakutkan"....in shaa Allah saya akan terus istiqamah buat dhuha 12 rakat secara konsisten....amin...

Kirah sebenarnya banyak sangat Allah mudahkan dan bagi kat saya sejak saya amalkan apa yang ada dalam FTR.. "Amalan Jutawan" alhamdulillah saya dah boleh buat secara konsisten...ketagih kalau tak buat..hihi...macam tak lengkap...

Dapatkan FTR di >> sini <<

Anak yang sulong tiba tiba semua benda nak buat sendiri..bila tolong dia nangis cakap nak buat sendiri..kalau tak dia paling manje dan nak saya yang buatkan semua

Paling ketara anak terlampau behave sejak konsisten sedekahkan Al-Fatihah...buat perangai pun camtu camtu ja...saya pun dah tak marah marah kat anak macam dulu...anak buat apa apa pun saya still boleh cakap elok dan cool down...

Kalau suruh anak buat apa apa mesti anak anak cakap "baik mama" " ok mama"...terus buat...anak yang umur 2 tahun pun masyaallah dah macam umur 6 tahun...behavenya sampai saya hanya boleh nangis dan bersyukur, berterima kasih kat Allah...

Sebab Allah mudahkan segala kerja dunia saya...

+ + + + +

Subhanallah.. Saya share screenshot kat bawah ni.



Saya juga ada share kisah ni di facebook. Subhanallah ada di kalangan sahabat yang termotivasi dan turut lakukan solat dhuha 12 rakaat sebagai usaha mendekatkan diri dengan Allah.

Ini antara respon yang saya terima...



Subhanallah. Allah Maha Baik terhadap hambaNya. Siapa yang ikhlas berusaha mendekatkan diri padaNya, Allah pasti tidak mengecewakannya.

Moga kisah-kisah ini memberi motivasi untuk kita istiqamah lakukan solat dhuha. Bukan kerana inginkan keajaiban rezeki semata, namun paling utama sebagai rasa syukur atas nikmatNya yang tidak terhitung.

Barang siapa yang bersyukur, Allah pasti tambah nikmat!

Syakirah Kapli
Skuad Elit FTR
019-491 7769 (Whatsapp only)


Nak Dapatkan Nota & Tip Rezeki PERCUMA?
Isikan Nama & Emel Di Bawah!

Name:
Email:
baca lagi

Sunday, July 23, 2017

Anak Pembawa Rezeki - Hargai Mereka

Semalam dalam group elit FTR ada cerita tentang parenting.

Bertepatan pula semalam ada sikit masa untuk diluangkan dengan Muhammad. Bawa gi playground, masuk kedai buku dan biar dia pilih buku yang dia suka. Balik rumah, masak dan siap suap dia makan. Amboi.. :)

Masa makan tu kan, dia cakap..

Ummi, Muhammad seronok sangat dapat mak macam ummi.

Dia sambung lagi..

Terima kasih Ya Allah.. Sebab bagi Muhammad ummi yang baik macam ummi ni..

I is terharuu.. Rasa nak menitik ayaq mata masuk dalam nasi. Hehe..

Sebenarnya .. Saya bukan ummi yang baik pun. Kadang-kadang jadi 'incredible hulk' juga. Terutamanya bila ada masalah / emosi tak stabil. Haha.. Cuma sekarang alhamdulillah makin terkawal.

Sebab tu saya terharu dan sebak bila dapat feedback macam kat bawah ni.


Moga ibu bapa sekalian lebih tenang dalam menguruskan anak masing-masing walau apa jua masalah menimpa. Sebagaimana kita suka bila dihargai, begitu juga anak-anak kita. :)


+ + + + + + + +
Jika ada sahabat yang ingin memiliki pakej FTR boleh whatsapp saya.
019-491 7769
(Syakirah)
Atau.. Klik >> Formula Tarik Rezeki <<
+ + + + + + + +


baca lagi

Thursday, July 20, 2017

Kisah Sedekah Rm5 - Diganti Rm1750!

Assalamualaikum sahabat pembaca blog #TipMagnetRezeki. Hari ni saya nak share satu cerita.

Masih terasa sebak di hati mengenangkan betapa Allah begitu sayang pada hambaNya. Kisah ni dikongsikan oleh salah seorang sahabat pembaca Formula Tarik Rezeki (FTR) dalam group ulangkaji kami.

Begini ceritanya ...

Saya paste terus dari whatsapp beliau & edit ejaan semula supaya mudah dibaca ya. ;)

Screenshot asal pada gambar.

---

Saya nak Share sikit...

Semalam start baca ebook, saya ajak skali suami baca, sebab sejak akhir-akhir ni kami ada sedikit masalah rumahtangga dan duit. Dalam poket saya hanya ada RM5 sahaja.

Pagi tadi pulak pengasuh bagitau susu dan pampers anak dah habis. Saya hanya senyum dan bgtau pngasuh InsyaAllah petang nanti saya beli.

Nak dijadikan cerita masa balik saya singgah bank sebab kawan minta tolong bank in duit dia..

Selalu saya la manusia paling malas nak ke bank.. Sampai depan bank ada pulak Orang minta sedekah.. Saya bagi je yang rm5 yang ada pada saya tu untuk dia..

Saya hanya cakap dalam hati tak pe ada rezeki yang lain. Duit ni rezeki buat pakcik tu.

Sejak dari pagi saya memang niatkan apa yg saya buat hari ni kerana Allah.

Lepas gi bank masuk je dalam kereta ada kawan call bgtau dia nak beli radio mva untuk cikgu-cikgunya dlm 50 unit, dan dia dah transfer rm4900 dalam akaun saya.

Macam nak menangis pun ada. Saya keluar balik ke bank dan transfer duit pada supplier saya untuk 50 unit mva tu.

Alhamdulillah tanpa disangka-sangka dengan hanya rm5 yang saya berikan pada pakcik depan bank tu Allah pulangkan pada saya RM1750 (supplier bg komisen 1 radio RM35).

Maaf semua saya cuma nak berkongsi cerita tak de niat pape. Baru 2 hari baca ebook FTR ni.. Memang betul kata orang bila kita niat kerana Allah, Allah akan bantu kita..




------

Subhanallah.. Benar janji Allah. Sedekah pasti dibalas. Yang penting jaga niat dan yakin saja padaNya.

Siapa terinspirasi dengan cerita sis ni?
Ucapkan "Subhanallah" & kongsikan dengan rakan.

- Syakirah Kapli
Skuad Elit Formula Tarik Rezeki (FTR)

P/s: Oh ya.. Beliau juga baru terima 1 lagi berita gembira. Lihat gambar.



+ + + + + + + +
Jika ada sahabat yang ingin memiliki pakej FTR boleh whatsapp saya.

019-491 7769
(Syakirah)

Atau..


+ + + + + + + +

Dapatkan Nota & Tip Rezeki Percuma!
Isikan nama & emel anda ..

Name:
Email:
baca lagi

Tuesday, July 18, 2017

Simpan Sakit Hati - Rezeki Tersekat

Pagi tadi, saya terima satu pm di facebook dari seorang pembaca. Rupa-rupanya dia nak share pengalaman lepas amalkan salah satu formula dalam Formula Tarik Rezeki - FTR.

Saya dah minta izin untuk share kisah beliau, mudah-mudahan ramai lagi bakal dapat kesan positif yang beliau alami.

+ + + + + + +

Saya nak share pengalaman lepas baca ebook FTR ni. Saya masih lagi baca Modul 5. 2 hari lepas saya baca bab "Formula Pelengkap 1: Sakit Hati Itu Penyekat Rezeki". 

Lepas je baca bab tu, saya teringat yang saya masih lagi ada simpan rasa sakit hati dengan bisnes partner saya. Saya simpan rasa tak puas hati ni lepas bisnes kami jatuh setahun yang lepas dan mengakibatkan banyak hutang2 bisnes yang perlu dilangsaikan.

Saya cuba tak nak salahkan dia 100% sebab apa yang dah jadi ni pun ada salah saya jugak. Tapi biasalah, bila fikiran dah kusut dengan masalah, ditambah pulak orang minta bayar hutang, setan lagi mudah nak menghasut.

Saya memang marah tapi saya takda kekuatan nak bagitau dia. Apa yang saya baca dalam tu, bila kita sakit hati dengan orang yang menyakiti kita, kedua-duanya akan tersekat rezeki.

Dalam setahun ni memang kami ada mula nak buat bisnes lain tapi ada je yang tak kena. Semua serba tak menjadi. Sebaik je lepas saya habis baca bab tu, terus saya hantar email ke dia untuk luahkan apa yang terbuku dalam hati saya selama ni.

Saya masih lagi takde kekuatan untuk bercakap berdepan dengan dia. Saya harap dia dapat terima apa yang saya dah tulis dalam emel tu.

Saya minta maaf dengan dia dan saya maafkan juga kesalahan dia. Dia ada balas dan dia mengaku kesilapan yang dah jadi dengan bisnes kami.

Alhamdulillah, saya rasa lebih lega. Rasa beban dalam kepala tu dah hilang serta merta. Terima kasih Ya Allah, asbab dipertemukan dengan buku FTR ni hati saya semakin tenang.


+ + + + + + +

Alhamdulillah syukur. Gembira sangat bila dapat feedback macam ni. Ketenangan hati adalah rezeki paling mahal dalam hidup, dan hati yang tenang itu bakal menarik rezeki melimpah ruah.


Ramai antara kita tak perasan yang kita ada membawa bebanan yang bersarang dalan hati. Dan bebanan itulah menjadi punca kesempitan rezeki dan kehidupan kita.


Dengan izinNya ramai yang dapat jawapan punca kesempitan hidup mereka dari FTR.

Jika ada sahabat yang rasa hidupnya tak tenang, macam ada perkara yang tak kena atau kehidupan terasa tak lancar, boleh cuba dapatkan FTR.



Boleh dapatkan secara online di sini..
111 Formula Tarik Rezeki

Atau whatsapp saya di 019-491 7769 (Syakirah)

baca lagi

Sakit Hati Punca Rezeki Sempit

SAKIT HATI, PUNCA REZEKI SEMPIT

Silakan share. :)

Antara perkara yang menyentap perasaan masa mula-mula baca buku Formula Tarik Rezeki (FTR) adalah bila baca bab sakit hati. Rupa-rupanya sakit hati tu menyekat rezeki.



Lebih mengejutkan lagi...

Bukan saja menyakitkan hati orang lain itu berdosa, rasa sakit hati pada orang yang menyakitkan hati juga berdosa.

Dan.. Kedua-duanya penyebab REZEKI SEMPIT.

Masa awal2 tu rasa, biar betul... (nampak sangat masa tu banyak sakit hati kat orang kan. Kikiki) Hakikatnya, betul lah. Sebab Allah suruh kita sabar walau apa pun yang berlaku dan saling bermafaan.

Habis tu, bila orang sakitkan hati kita, cemana nak bagi tak sakit, kalo dah memang rasa sakit benor hati ini. Hehe

Rasa sakit hati tu kan ujian. Bila Allah uji, bukan kuasa kita nak hilangkan ujian tu, Allah saja boleh hilangkan rasa tu.

Pertama, mohon ampun dengan Allah sebab kita tak mampu sabar, mengaku pada Allah kita memang rasa marah sangat-sangat.

Kedua mohon kekuatan dari Allah supaya kita jadi sabar, tenang dan memaafkan orang yang sakiti kita. Mohon petunjukNya.

Mohon juga keampunan dan taufik hidayah bagi pihak orang yang sakitkan hati kita.

Seburuk apa pun sesuatu perkara, bila kita rujuk ke Allah, pasti tenang. Walaupun masalah belum selesai, ketenangan hati tu rahmat paling besar dah.

Hati yang tenang juga magnet rezeki paling ampuh!

Sebenarnya banyak lagi hal menyentap jantung dan hati dalam FTR tu. Kalo uols dah sedia nak kasi cuci itu hati, nak ketenangan sebenar, boleh dapatkan FTR segera k..

Kalo belum sedia, its ok.. Allah pasti aturkan yang terbaik untuk semua. FTR hanya salah satu 'alat bantuan' yang terbukti mengubah persepsi ramai orang.

- Syakirah Kapli
Skuad Elit FTR.

P/s: Saya ada create 1 group eksklusif untuk saya kongsikan Nota Jemput Rezeki. Kalo ada yang nak join sila klik - Nota Jemput Rezeki.

Free jer.. ;)
baca lagi

Wednesday, July 5, 2017

"Rezeki duit tak putus + dapat bayar sewa 2 bulan terus!"

Kali ni saya nak kongsikan kisah pembaca FTR yang pada awalnya asyik bertangguh nk dapatkan pakej FORMULA TARIK REZEKI (FTR). Akhirnya nekad.

Kemudian, satu per satu keajaiban Allah datang selepas beliau amalkan ilmu dalam FTR.

Ikuti ceritanya seperti yang diceritakan kepada penulis FTR sendiri, Pn Nora Yusof.

+ + + + + +

Assalamualaikum Cikgu Nora..

Saya nak share ngan cikgu perubahan pada saya n masalah kewangan yang saya hadapi sejak amalkan FTR cikgu. Allah.. 😭

Alhamdulillah cikgu. Walaupun pada mulanya ada banyak halangan nak dapatkan buku ni. Asyik bertangguh je sebab kekangan kewangan. Tapi hujung bulan Mei yang lepas hati saya ni berkeras jugak beli walaupun terpaksa gunakan dulu duit sewa rumah. 😂

Hari2 dok baca testimoni Cik Lia n Kak Nad kat FB memang ada yang terkena batang hidung saya sendiri. By hook or by crook saya mesti jugak dapatkan buku ni. Saya nak berubah!

Alhamdulillah. Bulan Jun ni dah dapat selesaikan sewa rumah 2 bulan terus. Bukan je dpt balik modal beli FTR. Malah dapat ganti balik bayar duit rumah yang tertunggak tu. Allah.. Syukur sgt2 rezeki duit tak putus2 sejak amalkan FTR. Allah bagi rezeki yang tak disangka-sangka untuk kami.

Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih Puan Nora atas segala ilmu yg cikgu curahkan dalam FTR. 😭

Cikgu doakan ya semoga saya istiqamah dalam kebaikan mengamalkan FTR. Syukur Ya Allah.. Terima kasih banyak2 cikgu atas ilmunya walaupun baca2 sentap tapi kerana sentap itulah semakin nekad nak berubah. 😘

Memang betul kata testimoni cikgu. Ilmu dalam FTR ni sangat mahal berbanding harganya. Tak ternilai dgn harganya. Mudahnya menarik rezeki dgn FTR.

Terima kasih Ya Allah temukan Amira dgn FTR. Hati lebih tenang dengan amalkan FTR. Bukan je mudah menarik rezeki, malah rasa semakin dekat dengan Allah SWT. 😊

InshaAllah saya nak berkongsi manfaat FTR dengan lebih ramai orang lagi untuk kejayaan di dunia dan akhirat. InshaaAllah. Ameen..

Cikgu doakan yang baik2 untuk saya ya cikgu. 😊


Subhanallah. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk sis ni ya.

+ + + + +

Jika ada yang ingin dapatkan pakej FTR 


boleh order sini.

Atau whatssapp
019-491 7769 (Syakirah)

+ + + + + +

baca lagi
 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard