Berkongsi Cerita: January 2017

Tuesday, January 31, 2017

Cara Hidupkan Energi Syukur

Hidupkan Energi Syukur.

Setiap doa pasti dikabulkan.
Kadang2 kita je tak perasan, Allah dah makbulkan doa kita.

Ambil masa seminit, pejam mata. Cuba ingat balik apa yang berlaku hari ni, yang match dengan doa kita.

Masa tu kita akan sedar..

Ohh.. Kita ada doa supaya dilimpahkan rezeki.
- Tadi dah terjual dah 1 produk. Ada yang pm tanya pasal produk kita. Alhamdulillah.

Kita ada doa supaya anak kita jadi anak soleh, mendengar kata.
- Haah la tadi suruh anak masuk mandi, terus dia masuk tanpa membantah. Alhamdulillah.

Kita doa nak badan sihat, kurus..
- Haa harini tak rasa nak makan banyak sangat macam selalu. Alhamdulillah..

Ini antara latihan untuk kita hidupkan energi syukur dalam diri. Syukur adalah energi kuat yang hubungkan kita pada Pencipta.

Ingat janji Allah...

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

Ibrahim : 7

Moga bermanfaat sahabat..

baca lagi

Saturday, January 28, 2017

"Ilmu Lunaskan Hutang Buat Saya Terkedu"

Baru-baru ni saya terbaca satu artikel, perkongsian seseorang tentang rezeki. Katanya, keadaan dirinya dan keluarga mula berubah secara drastik sejak mula serius bayar hutang.

Usahakan untuk bayar walau sedikit!

Saya juga teringat dulu pernah baca buku Menghapuskan Pemberat Hidup. Dalam hidup kita, ada 2 pemberat hidup iaitu Dosa & Hutang!


Membawa 2 perkara ini dalam hidup umpama lori yang membawa muatan berat, makin lama makin berat.

Sukar nak mendaki, jika kita tak kurangkan, malah siap tambah bebanan setiap hari! Sebab tu hidup kita jadi susah, sukar, semput.

Lebih parah lagi, bebanan tu bukan sahaja dibawa di dunia, malah hingga ke akhirat sana. Jika di dunia sementara ni dah rasa berat, apatah lagi di alam akhirat yang kekal abadi.

+

Dalam buku Formula Tarik Rezeki tulisan Pn Nora Yusof juga ada cerita panjang lebar pengalaman beliau tentang hutang. Subhanallah, perkongsian yang sangat membantu menyedarkan para pembacanya.

Ini salah seorang yang terkesan dengan perkongsian Pn. Nora tentang hutang.


+ + +

.. Terus terang saya cakap ilmu2 tarik rezeki dan cara2 untuk melunaskan hutang dalam FTR benar2 buat saya terkedu.

Kenapa lambat sangat saya dipertemukan dengan buku ni.. Rm167 terlalu murah untuk dibandingkan dengan ilmu yang ada dalam FTR. Sujud syukur saya pada Allah.

Lepas solat dhuha 4 rakaat, baru berniat nak cari orang miskin nak tolong bayarkan hutang orang tu, ada orang datang rumah nak beli produk.

Ada yang call nak produk, siap bagi senarai pembeli.

+ + +

Subhanallah ini sebahagian review pembaca FTR. Boleh baca review asal pada gambar kt bawah ya.



Ilmu lunas hutang yang ditulis dalam buku Formula Tarik Rezeki adalah dari pengalaman penulis, Pn Nora Yusof sendiri. Moga Allah bukakan hijab rezeki kita semua, mendapat keuntungan dunia akhirat atas setiap perkara yang kita kerjakan, serta beri manfaat pada Agama Allah swt.


Jika anda berhajat nak dapatkan FTR boleh klik

Atau

Whatsapp 019-491 7769




baca lagi

Inspirasi Rezeki - Day #5 : Magnet Rezeki

Bismillah
#TipMagnetRezeki

Kita secara semulajadi dilahirkan sebagai magnet rezeki. Namun kita dengan sengaja menahan rezeki dengan melakukan pelbagai dosa.

Rezeki tak perlu dicari, hanya perlu dijemput.

Bagaimana?

Fokus taubat, perbaiki diri, buat apa yang Allah suka, hindari yang dilarangNya. Ikhtiar di jalan yang Allah redha dan salurkan hasil yang kita dapat juga di jalan yang Allah redha.

Fokus cari redha Allah.
Allah pasti bantu!

.
.

Terkesan dengan satu ungkapan yang saya jumpa pagi tadi.

" ... watak dunia itu selalu lari dari orang yang memburunya dan selalu memburu orang yang menghindarinya"

Benarlah ungkapan kejar akhirat, dunia akan kejar kita.

#Boleh boleh?

.
---
111 Formula Tarik Rezeki
---

baca lagi

Inspirasi Rezeki - Day #4 : Hindari Malas

Bismillah
#TipHindariMalas

Pernah rasa tak, kekadang tu malas benor.
Nak buat apa pun rasa berat, dhuha 2 rakaat pun laju kemain lagi.

2-3 hari lepas, terbaca satu status Pn Nora Yusof (Pengasas FTR), bila kita mula rasa malas, itu tanda kita makin jauh dari Allah. Huhu..

Sesiapa ada masalah sama, kalo rasa malas, letih, lemah lesu cepat2 istighfar tau. InsyaAllah setel la masalah malas tu.

Mohon keampunan Allah juga mampu beri kekuatan.

Rujuk Surah Hud: 52

Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!

Moga bermanfaat ��
.

baca lagi

Thursday, January 26, 2017

Inspirasi Rezeki - Day #3 : Bersihkan Hati

Harini sambung baca buku Rahasia Magnet Rezeki. Sub topik jendela buram.

Saya cerita balik guna bahasa mudah ya. Hehe

Kisahnya, macam ni..

Bayangkan kita berada di tepi tingkap. Tengah tunggu kawan. Kita nak pergi ke suatu tempat yang penting. Perlu sampai tepat pada masanya. Jika lewat, kita bakal terlepas peluang bisnes nilai juta2.

Kita ada masa 30 minit. Tunggu punya tunggu punya tunggu, kawan kita tak sampai-sampai. Diri rasa gundah, risau dll. Kenapaa la tak sampai2, rugi la camnii..

Dalam fikiran dah mencongak-congak jumlah kerugian, dada berombak menahan marah, hidung mendengus dan mulut mengeluh. Panass..

Minit ke 29, kita buka tingkap.

Eh.. Kereta kawan kita dah ada kat luar. Rupa-rupanya dah sejam dia tunggu kita. Kita je yang tak sedar, tak nampak sebab tingkap kita dah berlumut!

.

Sama la macam kehidupan kita. Setiap masalah kita sebenarnya dah lama Allah sediakan penyelesaiannya.

Kita yang tenggelam dalam kerisauan dan lupa nak bersihkan atau buka pintu hati kita untuk melihatnya.

.

Kome #faham ke cerita ni?

Sama konsepnya seperti rezeki. Rezeki sudah tersedia, kita yang belum nampak jalannya akibat dari hati yang belum dibersihkan.

Sebab tu sifu2 selalu pesan.

Bersihkan kolam jiwa..
Bersihkan kolam jiwa..
Bersihkan kolam jiwa..

Jom sama2 perbaiki diri, insyaAllah segala masalah selesai.

---
Nak tak saya cadangkan satu pakej ebook dan buku untuk selesaikan masalah hati sahabat2 pembaca?

Buku bukanlah jaminannya, namun dengan izin Allah ia mampu membantu memandu kita ke arah membersihkan hati dari dosa-dosa yang kita sedar atau tak sedar.

Info lanjut klik link bawah ni ya
>> 111 Formula Tarik Rezeki <<

.

baca lagi

Inspirasi Rezeki - Day #2 : Selesai Masalah


Bismillah
#Tip Selesai Masalah

Bila ada masalah, selalunya otak kita ligat fikir cara nak selesaikan.

Fikir punya fikir, naik stress. Takk dapat juga jawapannya.

Fikiran dan keupayaan kita terbatas.

.

Mintalah bantuan dari Pencipta kita.
Dia beri masalah pun supaya kita kembali padaNya. Bukan untuk kita selesaikan sendiri.

.

Lepas ni, bila ada masalah, mengadu kat Dia dulu, minta bantuanNya supaya ditunjukkan jalan.

InsyaAllah, walaupun masalah belum selesai, hati kita dah tenang dah. Dalam ketenangan tu, mudah pula dapat ilham bagaimana nak selesaikan masalah tu.

Itulah keajaiban bila kita kembalikan segalanya pada Allah.

Cubalah..

P/s:
Masalah yang juga rezeki, yang mendekatkan diri kita pada Allah jika kita uruskan dengan sebaiknya.

baca lagi

Wednesday, January 25, 2017

Inspirasi Rezeki - Day #1 : Niat

Niat.

Jika kita niat ingin berjaya dunia dan akhirat, dunia insyaAllah mudah.

Jika niat nak berjaya dunia semata, akhirat makin jauh dari kita.

.

Kita mesti sentiasa optimis, berfikiran positi dan ke depan. Bukan kerana kita hebat, namun YAKIN Allah pasti bantu.

- Inspirasi dari buku FTR

.

Kita selalu dengar..

"Kita kena yakin"
"Kita kena yakin"

Yakin apa?

Yakin akan bantuan Allah swt.

#Boleh boleh?

.
FTR >> 111 Formula Tarik Rezeki <<

baca lagi

Tuesday, January 17, 2017

Rahsia Keajaiban Di Sebalik Ujian

Harini saya dapat email bimbingan dari Rahasia Kunci Sukses. Setiap hari sememangnya saya tertunggu-tunggu email bimbingan 360 hari RKS ni.

Harini tentang Rahsia Keajaiban Ujian. RKS ni dari Indonesia, jadi artikelnya dalam bahasa Indonesia lah. Saya olah semula mengikut kefahaman dan bahasa saya ya.

Ok jom mula!

Allah uji tanda Allah sayang.
Semakin kuat diuji tanda Allah makin sayang.

Setiap ujian yang Allah beri bersesuaian dengan kemampuan kita. Jika Allah uji dengan ujian berat, itu tanda kita kuat.

.

Jika kita rasa ujian terlalu berat, tak mampu nak hadapi, kita rasa marah kecewa dan memberontak. Bukan kerana kita tak kuat, namun kita belum sedar yang kita sebenarnya kuat.

Makin memberontak, makin kuat Allah uji supaya kita akhirnya 'mati kutu'. Tak mampu berbuat apa2 lagi.

.

Saat itulah turning point dalam hidup kita. Kita kembali pada Allah, istiqamah dalam menuju ke Allah. Pasrah, redha, ikhlas dan terima segala yang Allah aturkan.

Dan ketika itu bantuan Allah datang, dah wusshh.. Semua masalah selesai. Satu persatu hikmah dari ujian yang kita lalui sebelum ni bakal kita nikmati. Subhanallah.

+

Firman Allah dalam Surah Fussilat (41) : Ayat 30-32
(Boleh menangis jika dihayati dalam2 )

... "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.

"(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!"

Subhanallah.

P/s: Siapa baca sampai habis say "alhamdulillah".

Segala puji bagi Allah. Moga beroleh manfaat.

baca lagi

Sunday, January 15, 2017

Saya kini jadi seorang yang sangat tenang, sabar...

Entah kenapa setiap kali baca #ReviewPembacaFTR yang Pn Nora share dalam support group FTR, hati saya sebak dan meronta-ronta mengharapkan semua orang baca FTR.

Rasa macam wajib share pasal FTR supaya semua orang tahu betapa pentingnya kita kenal Tuhan yang Maha Memberi Rezeki.

Saya nak share review terbaru. Izinkan saya edit dengan tulisan ejaan penuh, supaya mudah dibaca ya. 😅

.

Apa yang saya nak bagitau, saya hari ni bukan saya yang dulu. Saya da betukar jadi _______ (nama pembaca dirahsiakan) yang rasa macam baru lahir, putih suci bersih 😂.

Semalam, saya kejap2 nangis. Tengah drive cakap dengan Allah, merayu, meminta, pastu nangis lagi. Saya dapat rasakan yang airmata saya tu tanda gugurnya dosa2 saya.

Saya kini jadi seorang yang sangat tenang, sabar, dalam hati dan pikiran saya slalu ingat Allah, yakin yang dia tau, nampak apa yang saya buat.

Umur saya ni 38 tahun. Subhanallah saya tak penah rasa mcm ni. Sebelum ni banyak juga baca buku2 ilmiah. Tapi tak sama macam buku FTR ni.

Ilmu yang ada dalam buku ni merubah hidup saya. Doakan saya istiqamah dalam menghambakan diri pada Sang Pencipta.

Didoakan semoga Puan Nora mendapat balasan dan ganjaran yang setimpal dari Allah swt. 😍😍😘😘

Buku ni dah jadi kesayangan saya sekarang. :)


.
.

Alhamdulillah. Saya doakan anda yang baca sampai habis post ni pun diberi peluang oleh Allah swt untuk memiliki FTR. #Aamin.

Betulkan niat, ikhlaskan hati. InsyaAllah..
baca lagi

Wednesday, January 11, 2017

Semakin Banyak Dosa, Makin Sukar Hidup Kita


Bismillah.
#TipMagnetRezeki

Saya sedang menelaah buku Rahasia Magnet Rezeki tulisan Ust Nasrullah channel telegram @rahasiamagnetrezeki.

Antara perkongsian yang menyentap jantung dan membuat saya terfikir2 adalah perbincangan beliau bersama Pak Kyai. Jelas Pak Kyai,

Manusia dijadikan Allah untuk dimuliakan dan dimanja. Namun akibat dari perbuatan kita sendiri, hidup kita jadi sukar.

SEMAKIN BANYAK KITA MELAKUKAN DOSA,
SEMAKIN SUKAR HIDUP KITA.

Jika direnungi kisah Nabi Adam AS dan Hawa, mereka diciptakan lalu dimulia dan dimanja Allah di syurga yang serba lengkap dan penuh nikmat.

Namun, akibat dari satu kesalahan kecil, melanggar larangan Allah, Nabi Adam AS dan Hawa diturunkan ke dunia. Terpaksa melalui kehidupan dunia yang lebih sukar dibandingkan dengan keadaan di syurga yang penuh kenikmatan

Lalu pesan Pak Kyai..

"Kalau ingin hidup dimanja, senang, damai, maka sederhana.. JANGAN BUAT DOSA"

Lanjut Pak Kyai,

"Ketika kau berhati-hati dari berbuat dosa, maka engkau akan merasakan surga sebelum surga yang sebenarnya"
.
.
.
Kawal diri dari melakukan dosa, taubat atas dosa2 lalu. InsyaAllah perjalanan hidup kita pasti dipermudahkan Allah. Dimuliakan dan dimanjakan.

InsyaAllah..
.
.

-----
Nak tahu KUNCI SUKSES SEJATI?
klik sini Rahasia Kunci Sukses
-----

baca lagi

Magnet Rezeki : Fakta Tak Penting.. Yang Penting...


Assalamualaikum. Hari ni saya nak share hasil bacaan buku Rahasia Magnet Rezeki. Ada pelajaran penting iaitu;

FAKTA sudah tidak penting.
Yang penting, bagaimana RESPON kita terhadap fakta.

Contoh..

Kita lihat penjenayah ditangkap polis.

Bagaimana respon kita?

A. Hah padan muka, biar dia rasa susahnya hidup, buat lagi jahat banyak2.

B. Alhamdulillah. Allah beri peluang dia bertaubat.

.

Dalam ilmu magnet rezeki kita disuruh berfikiran positif, berkata positif walau apa pun yang berlaku. Dalam contoh di atas, faktanya dia memang penjenayah.

Namun disebabkan fikiran kita adalah magnet, apa yang kita fikir akan tertarik ke kita. Tersimpan di alam bawah sedar, menjadi doa buat diri kita.

Uniknya, alam bawah sedar kita tak mengenal yang kita sebut tu untuk diri sendiri atau orang lain, ia hanya fokus pada topiknya. Walaupun kata-kata kita itu memaksudkan si penjenayah, ia memprosesnya sebagai diri kita sendiri.
.
.
Dalam contoh diatas;

Jika pilih respon A, seolah-olah kita mendoakan.. Ya Allah, susahkan hidupku, jadikan aku jahat. (Nau'zubillah)

Jika pilih respon B, kita seolah berdoa. Ya Allah, jadikan aku orang yang sentiasa bertaubat.

.

Mulai saat ini, apa saja terjadi sebutkan "alhamdulillah" dan cari sisi positif dari kejadian tu kerana yang positif itu akan terpahat dalam diri kita.

Boleh boleh?

-----
Ingin jadi magnet rezeki?
Dapatkan 111 Formula Tarik Rezeki  << klik.
-----

baca lagi
 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard