Assalamualaikum semua..
Semoga semua sihat sejahtera di samping keluarga tercinta..
Seminggu dua ni panas betul dengan isu boikot shaklee ni. Kalau perasan, dah menjadi viral di facebook.
Bermula dengan kononnya shaklee menyumbang dana kepada Israel, lepas tu isu kononnya shaklee dapatkan bahan mentah dari israel kemudian post kontroversi UZAR kat FB yg kemudiannya dipadam sendiri oleh UZAR beberapa jam kemudian.
Ketiga² isu ni dah dibincangkan dengan jelas dalam post Master Zahirah. Jemput baca dan nilai sendiri dengan minda terbuka.
Saya sendiri secara peribadi, memang la bersedih dengan berita ni. Lebih² lagi apabila fakta² yang dikemukakan tidak ada asas sama sekali. Lebih banyak komen² bersifat cercaan kepada pengedar² shaklee. Walau bagaimanapun masih ramai yang memberi penuh kepercayaan kepada shaklee. Ini kerana shaklee banyak mengubah hidup mereka.
Yang saya sempat baca, komen dari pesakit kanser pangkal rahim yang mengamalkan vivix. Ada yang sakit lutut, menderita bertahun².. Pelbagai produk telah dicuba.. Tetapi alhamdulillah dengan izinNya sembuh selepas mengamalkan suplemen shaklee.. Perlu ke sampai nak boikot shaklee. (Walhal tidak ada bukti pun mengatakan Shaklee menyumbang kepada israel)
Kita sepatutnya berbalik kepada objektif boikot itu sendiri. Bukan boikot secara semberono tanpa ilmu. Tujuan boikot adalah untuk MENYUSAHKAN PIHAK MUSUH, BUKANNYA MENYEKSA DIRI SENDIRI.. Jangan tersalah konsep pulak ye..
Boikot kerana Shaklee Adalah Produk Dari US
Ya... Ada juga yang menggunakan alasan ni sebagai hujah untuk memboikot shaklee. Bagi menjawab isu ini saya ingin memetik ayat dari artikel UZAR sendiri.
Kewujudan syarikat-syarikat ini di negara Yahudi dan MoU perniagaannya di negara Yahudi tidak boleh dianggap sebagai membantu kerja keganasan Yahudi. Justeru, sebarang pembuktian seperti ini tidak kuat untuk mensabitkan bantuan 'direct' kepada kerja jahat Yahudi atau lainnya..
Pendirian Saya
Rasanya sudah terang lagi bersuluh kan.. :)
Bagi mendapatkan keyakinan ini saya banyakkan mengkaji. Membaca di blog pakar² dalam bidang ini serta beristikharah memohon petunjuk dari Allah. Hari ini dan sampai bila² selagi mana tidak terbukti shaklee membantu israel, saya masih berjuang dalam shaklee. Saya memilih untuk berjihad ekonomi bersama keluarga besar shaklee, bukan untuk diri sendiri semata² tapi demi membantu lebih ramai diluar sana mendapatkan kesihatan yg lebih baik dan kestabilan dalam menjana ekonomi ummah. Lebih ramai umat islam sihat dan kaya, lebih bagus, lebih banyak boleh disumbangkan. InsyaAllah.
Bagi saya...ayuh kita berjihad mengikut kepakaran masing².. Kalau anda pakar buat kek.. Buat la bisnes kek sampai berjaya, sumbangkan pada rakyat palestin. Anda hebat dalam IT? Art design? Buat la poster cantik² untuk membangkitkan semangat juang semua orang dalam mempertahan dan menyokong rakyat palestin. Anda orang ternama, blog anda mencapai ribuan mengunjung sehari? Buat la post² yang menyeru orang ramai ke arah kebaikan, bukan memecah belahkan umat islam, bukan penuhkan blog dengan gosip liar.. Huhu..
Saya juga tertarik untuk share status FB seorang leader dalam Shaklee.. Sandaran² yang beliau gunakan untuk terus bersama shaklee. Menarik untuk kita jadikan rujukan tambahan dalam isu ini..
-------------------------------------
Dari FB Kaklong Nuzula
KENAPA SAYA TIDAK BOIKOT SHAKLEE?
SANDARAN YANG PERTAMA
Saya berasandarkan kpd kenyataan Ustaz Zaharuddin dlm blog beliau (zaharuddin.net)
1) Hukum asal urusniaga dengan Non-Muslim termasuk Yahudi dan semua syarikatnya adalah halal selagi transaksi yang dibuat menrut syarat jual beli Islam.
2) Kewujudan syarikat-syarikat ini di negara Yahudi dan MoU perniagaannya di negara Yahudi tidak boleh dianggap sebagai membantu kerja keganasan Yahudi. Justeru, sebarang pembuktian seperti ini tidak kuat untuk mensabitkan bantuan 'direct' kepada kerja jahat Yahudi atau lainnya.
3) Hukum asal ini hanya akan bertukar kepada haram berurusniaga atau wajib memboikot mereka jika :-
a- Pemerintah Islam tertinggi iaitu Khalifah bagi seluruh dunia Islam mengarahkan boikot demi mencapai maslahat tertentu untuk Islam.
b- Syarikat tersebut mendedahkan secara terus terang dengan hebahan rasmi bahawa mereka memperuntukkan keuntungan mereka bagi menyokong serangan Yahudi ke atas negara umat Islam.
Syarat Sebelum Sebaran
Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.
Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.
Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai :-
أن اليقين لا يزال بالشك
Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-
Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )
Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu'alam.
SANDARAN YANG KEDUA
Dr.MAZA mengatakan kita tidak memboikot produk Yahudi ataupun produk US, tapi produk Israel.
"Kita tidak anti setiap individu Yahudi sebagai satu bangsa tapi kita menentang Israel atas segala kejahatannya,” katanya."
Boleh juga baca:
SANDARAN YANG KETIGA
AQSA SYARIF sendiri mengatakan kita tidak memboikot company/ produk US tapi kita boikot mereka yg jelas menyumbang pd Israel. Umpamanya McD kita boikot sbb JELAS menyumbang pd negara haram Israel.
SANDARAN YANG KEEMPAT
Shaklee tak ada dalam list Inminds, produk/ company yg kena boikot. Malah, bisnes Roger Barnett yg lain selain Shaklee -Burberry dan Beauty.com pun TIDAK ADA DISENARAIKAN dlm senarai yg kena boikot.
SANDARAN YANG KELIMA
Pengakuan Roger Barnett sendiri & company statement sebelum ini mengatakan Shaklee tidak menyokong keganasan, tidak terlibat dgn politik dan TIDAK MENYUMBANG PADA ISRAEL ZIONIS.
SANDARAN YANG KEENAM
Petunjuk drp Allah melalui solat hajat, istikharah, doa & keberserahan yg TOTAL kpd Allah SWT & hanya kepada Allah SWT. Allah jua sebaik2 penunjuk jalan.
Semoga Allah tuntun kita di atas jalan kebenaran dan kebaikan. Amin. InsyaAllah.
-----------------
Ok.. Segalanya telah dijelaskan. Saya harap tiada lagi salah faham lepas ni ok. Kalau masih rasa sangsi, mari kita mohon petunjuk dari Allah. Sebaik²nya kita solat istikharah..
Jangan percaya cakap saya, fikir dulu.. :)