Assalamualaikum..
Ada tak rakan2 yang ambil supplemen tapi rasa macam tak berkesan jer. Rasa macam rugii je beli suplemen, tapi tak berkesan kan??
Sebenarnya ada beberapa faktor yg menyebabkan suplemen tidak berkesan pada badan kita. Bukanlah salah suplemen tu sebenarnya, tapi cara pengambilan suplemen itu sendiri. Sebab tu la penting kita dapatkan info2 secukupnya dari pengedar suplemen tersebut. Kalau anda ambil supplemen shaklee, dapatkan nasihat dari pengedar shaklee berdaftar k..
Berikut adalah antara faktor yang menyebabkan suplemen tidak berkesan:
1. Tak suka minum air putih
Anda tidak suka mengamalkan minum air putih sekurang-kurangnya 3 Liter sehari. Tabiat ini adalah kerana, anda lebih sukakan minuman yang berwarna dan berperisa.
Tahukah anda ? - Air manis boleh meningkatkan kepekatan darah dan ia boleh menyebabkan kegemukan
Saranan - Pengambilan air putih yang mencukupi setiap hari bagi membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik. Minum air putih yang di masak, sekurang-kurangnya 3L sehari.
2. Makan Vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa
Jika anda seorang yang gemar mengambil vitamin dengan kuantiti yang banyak sekaligus, hanya disebabkan anda risau anda akan terlupa untuk mengambilnya pada masa lain, sebaik-baiknya anda berhentikan tabiat sebegini. Kebanyakkan orang, sangat suka mengambil dengan kuantiti yang banyak sebelum tidur.
Tahukah anda? – Pengambilan vitamin dengan banyak sekaligus boleh meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa tertentu, lebih-lebih lagi pengambilan sebelum tidur. Sedangkan pada masa ini, anda kurang mengambil air bagi membantu penyerapan khasiat vitamin yang telah anda ambil.
Saranan – Sebaik-baiknya, bila anda membeli vitamin, anda dapatkan jadual pengambilan vitamin yang sesuai untuk anda melalui Perunding Kesihatan Vitamin anda atau farmasi tempat anda membeli vitamin tersebut. Bincangkan waktu yang boleh dan sesuai untuk anda. Ini adalah untuk mengelakkan daripada buah pinggang anda terbeban kerana tabiat anda mengambil vitamin yang banyak sekaligus pada masa yang tertentu sahaja.
3. Elakkan pengambilan vitamin (supplemen) bersama ubat/jamu
Sekiranya anda sedang berada dalam pemantauan doktor, dan anda telah bercadang untuk mengambil vitamin pada masa yang sama, elakkan daripada mengambil kedua-duanya secara serentak.
Tahukah anda? – Pengambilan ubat dan vitamin secara serentak, boleh menimbulkan kecelaruan dalam tubuh anda dan ia boleh menyebabkan gangguan pada penyerapan yang baik untuk kedua-duanya.
Saranan - Cuba sediakan jadual pengambilan ubat dan vitamin yang anda ambil bagi mengelakkan pengambilan serentak berlaku. Jika anda mengambil ubat yang doktor sebelah pagi, anda boleh mengambil vitamin pada sebelah malam. Namun, jika anda perlu mengambil kedua-duanya secara berturutan, jadi, anda boleh amalkan vitamin selepas 2-3 jam selepas anda mengambil ubat yang disarankan oleh doktor anda.
4. Pengambilan Kafein dalam diet harian
Bagi yang sangat mengemari minuman berkafein dalam diet harian sebagai pemberi tenaga semasa bertugas, adalah sangat sukar untuk berhenti dari mengambilnya. Malahan, ada yang mengambilnya dengan kuantiti yang banyak bagi mengelakkan rasa mengantuk semasa bertugas waktu malam.
Tahukah anda? - Pengambilan minuman berkafein boleh mengganggu penyerapan nutrisi vitamin yang anda ambil. Bila anda mengambilnya dengan kuantiti yang tinggi secara berterusan, ia boleh menyebabkan berlakunya pembaziran pada khasiat vitamin yang di ambil. Malahan, kesan yang anda impikan, tidak akan dapat diperolehi, di sebabkan minuman berkafein ini. Malahan, pengambilan vitamin dengan minuman berkafein dan bukannya air putih, boleh menyebabkan kerosakan vitamin yang anda ambil.
Saranan – Jika anda gemar mengambil kopi atau teh 3 cawan sehari, kurangkan secawan sehari. Jadikan ia sebagai amalan, sehingga anda boleh berhenti mengambilnya dan melupakan minuman kegemaran anda ini. Pengambilan Vitamin tanpa minuman kegemaran anda ini, akan membuatkan anda lebih bertenaga dan ceria sepanjang hari.
5. Pengambilan vitamin tanpa ilmu yang betul
Pengambilan vitamin adalah penting untuk tubuh kita. Namun, jika anda mengambilnya tanpa ilmu, seperti mengambilnya serentak, sedangkan ia tak boleh serentak, adalah sangat merugikan.
Sumber: sumairaceria.blogspot.com
Anda ingin dapatkan produk-produk Shaklee sebagai makanan tambahan anda?
Boleh hubungi saya:
Facebook : Syakirah Kapli
FB Page: Jom Sihat & Cantik Semulajadi
SMS/WhatsApp: 013-3353751
FREE CONSULATION
Tips & Cara Pemakanan Suplemen Yang BetulFREE CONSULATION