Assalamulaikummm.. Salam jumaat..
Ramai yg memandang serong dgn bisnes MLM termasuk la saya sendiri suatu ketika dulu. Tapi lepas kenal shaklee persepi mula berubah, malah mula jatuh chenta gitu. Hihi..
Tak semua MLM tu buruk ye.. Asalkan MLM tersebut mematuhi sistem syariah, insyaAllah takkan ada pihak yg tertindas..
Saya petik keterangan2 mngenai kriteria MLM yg mematuhi syariah dan perbandingan dgn bisnes Shaklee dari blog
http://marlisahalim.blogspot.com/2014/01/adakah-shaklee-patuh-syariah.html?m=1
..........
Jom kita semak kriteria MLM yg mematuhi Syariah yg dihuraikan oleh Ustaz Zaharuddin:
1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya
# Shaklee adalah syarikat yg menghasilkan makanan tambahan (supplement)..produk Shaklee dh dibangunkan sejak tahun 1956, tahun ni dh masuk 58 tahun dlm pasaran..Produk2 pula dijamin mutu & kualitinya kerana ianya berasaskan penyelidikan (clinical testing & research).
2. Produknya bukan emas dan perak
# Tiada penjualan emas/perak dlm Shaklee
3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
# Dalam Shaklee, walaupon upline mempunyai 100 org anak sekalipon, jika sales peribadi upline 0, upline takkan dpt apa apa pon
4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).
# Tiada apa komisen atau bonus yang diberikan sekiranya ahli yang ditaja tidak membuat pembelian. Dia hanya bergelar ahli / downline kita sahaja, tanpa apa-apa hasil yang didapati selagi tiada belian dibuat. Dalam Shaklee, kalau anda register new member, xde imbuhan yg diberi, tidak seperti sesetengah MLM.
5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya, ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah.
# Ini mmg dh dijelaskan dgn terperinci dlm buku manual kami.
6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?
# Dalam Shaklee, leadership bonus hanya layak sehingga ke level 6, tidak lebih dari itu. Coaching, motivasi, pengisian atau apa-apa bentuk bimbingan bagi kumpulan kami adalah 24/7 melalui FB group. Mudah & praktikal.
7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
# Dalam Shaklee, siapa yg buat banyak, dia akan dpt lebih banyak. Downline boleh potong upline bila bila masa sahaja. Menjadi upline TIDAK menjamin seseorang itu sentiasa kaya, sentiasa untung
8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
# Buku manual pemasaran & etika perniagaan dibekalkan bersama starter kit. Setiap yang tertakluk adalah tetap. Jika terdapat tawaran baru yang ditawarkan untuk tempoh tertentu (6 bulan contohnya), pamplet dan surat pekeliling akan dikeluarkan & majlis penjelasan mengenai insentif berkenaan akan diadakan oleh pihak Shaklee.
9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.
# Nisbah perkongsian & keuntungan memang dijelaskan secara detail & terang dlm manual bisnes kami
Syakirah Kapli
Shaklee Independent Distributor
013 3353751 sms.whatsapp