Berkongsi Cerita

Sunday, May 5, 2019

Lakukan 4 Perkara Ini Di Waktu Pagi Supaya Rezeki Lancar Melimpah Ruah & Bebas Belenggu Hutang


Assalamualaikum..

Pagi tadi saya ada baca perkongsian Sifu Farihan dalam group E-Rezeki tentang 4 perkara yang boleh kita lakukan di waktu pagi bagi menjemput rezeki melimpah ruah dan lancar.


Yang best nya sifu turut kongsikan pengalaman anak didiknya dalam mengamalkannya.


Jom kita baca ya..


1. LAKSANAKAN SOLAT TAHAJJUD

waktu paling utama untuk melaksanakan solat Tahajjud adalah 1/3 malam iaitu antara 3.00 hingga 4.00 pagi.


Rasullullah SAW bersabda,

"Ketika kalian tidur, syaitan akan membuat 3 lilitan di tengkuk kalian. Di setiap lilitan itu, syaitan akan mengatakan bahawa malam masih panjang, tidurlah. Jika ia bangun lalu berzikir pada Allah, lepaslah satu lilitan, kemudian ia berwuduk, lepas lagi ikatan yang seterusnya. Selanjutnya jika ia mengerjakan solat, maka lepaslah ikatan yang terakhir. Di pagi hari dia akan bersemangat dan bergembira. Jika tidak melakukan seperti ini, jiwanya akan menjadi kotor dan malas."

(HR Bukhari)

Jika kita bangun dan melaksanakan Solat tahajjud, maka akan mempengaruhi motivasi kerja...

Tambahan : Begitu banyak kelebihan solat tahajud, antaranya adalah waktu yang dikabulkan segala doa.


        

Dibawah ni pula perkongsian Sifu  Farihan tentang pengalaman anak didiknya yang cuba untuk konsisten bertahajud.

   






2. MEMBACA DOA PAGI HARI

Berdoa dan berharap kepada Allah SWT semata untuk meminta ampun, memohon kebaikan akhirat dan kebaikan dunia agar dilancarkan segala urusan rezeki. 

Rasulullah SAW bersabda,

"Rabb kita Tabaraka Wa Taala turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga malam terakhir. lalu Dia berkata "Siapa yang berdoa kepadaKu, aku akan memperkenankan doanya. Siapa yang meminta kepadaKu pasti akan Kuberi. Dan sesiapa yang meminta ampun kepadaKu, pasti akan aku ampuni".

(HR Bukhari & Muslim)


Amalkan DOA waktu pagi ini yang menjadi amalan harian sifu :-


"Wahai Dzat Yang Maha Pengasih, Wahai Dzat Yang Maha Pengasih. Wahai Dzat pemilik Arsy yang agung. Wahai Dzat yang Maha Mengadakan dan Maha Membangkitkan. Wahai Dzat Yang Maha Berkehendak atas segala sesuatu yang dikehendaki. 

Aku memohon kepadaMu dengan cahaya WajahMu yang memenuhi tiang-tiang Arsy-Mu, dengan KekuasaanMu yang Engkau menciptakan sekalian makhlukMu, dengan RahmatMu yang meliputi segala sesuatu. 

Tiada Tuhan selain Engkau. Wahai Dzat Maha Penolong, tolonglah Aku lancarkan segala urusan rezeki ku hari ini. Wahai Dzat Maha Penolong, tolonglah Aku, Aku ini lemah tiada daya tiada kuasa, melainkan dengan izin dan aturanMu".



3. BERSEDEKAH DI PAGI HARI SELEPAS SUBUH

Sedekah sebenarnya boleh dilakukan dalam apa jua waktu apa pun, namun adalah lebih afdal jika dilakukan pada awal pagi. Ini kerana setiap malaikat akan mendoakan orang yang bersedekah pada pagi hari. 

Rasulullah SAW bersabda,

"Tidaklah berlalu pagi di setiap hari kecuali ada dua malaikat yang turun dan berdoa,"Ya Allah berikanlah ganti pada mereka yang berinfaq. Sedangkan malaikat yang satu lagi berdoa "Ya Allah, berikanlah kerugian dan kebankrupan bagi mereka yang enggan untuk berinfaq".

(HR Bukhari dan Muslim).



4. MELAKSANAKAN SOLAT DHUHA

Apa yang istimewanya melaksanakan Solat Dhuha ini..?

Rasulullah SAW bersabda,

"Engkau membersihkan dahak yang ada dalam masjid adalah sedekah, engkau menyingkirkan sesuatu yang mengganggu dari jalan adalah sedekah. Maka jika engkau tidak menemukannya (sedekah sebanyak itu) maka dua rakaat dhuha sudah mencukupi".

(HR Abu Dawud)

Solat Dhuha 2 rakaat, maka setara dengan bersedekah 360 kali yang merupakan hak dari persendian yang kita miliki. Sedangkan bila kita menunaikan solat dhuha 4 rakaat maka Allah akan menjamin atas rezeki kita.




Kalau 4 hal ini kita sukar untuk lakukan setiap awal pagi, maka usah salahkan pada orang lain andai rezeki tidak ada kelancaran sangkut sana sini.

- Sifu Farihan Yahya -


P/s : Jika ada sahabat yang berminat nak belajar dari Sifu Farihan boleh klik link di bawah.






* * * * * * * * * * * 


baca lagi

Wednesday, April 10, 2019

7 Zikir Pembuka Rezeki Amalan Rasulullah Yang Paling Mustajab



Semoga rezeki kita semua lancar dengan amalan-amalan zikir ini.


Rezeki yang sedikit tetapi diberkati Allah adalah lebih baik dan tinggi darjatnya berbanding rezeki yang banyak tetapi tidak diberkati.


Tidak menjadi soal sama ada banyak atau sedikit rezeki itu. Apa yang lebih penting adalah rezeki yang cukup. Biar sedikit asal cukup daripada banyak tapi sering tidak mencukupi. Sesungguhnya rezeki Allah itu cukup luas.


Bagaimana cara untuk memastikan hidup sentiasa dilimpah kurnia dengan nikmat rezeki?


Amalkan 7 zikir di bawah :


1. Memperbanyak membaca – La Hawla Wala Quwwata Illa Billah

Maksud:
Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.
Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah.
(HR. At-Tabrani)


2. Membaca – La Ilaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin

Maksud:
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata.

Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur.
(HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)


3. Membaca – Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil 'Adziim

Maksud:
Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.

Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)


4. Membaca Surah Al-Ikhlas

Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkat bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya.
(HR. At-Tabrani)


5. Membaca Surah Al-Waqi'ah

Barangsiapa membaca Surah Al-Waqi'ah setiap malam maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup.
(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)


6. Memperbanyak selawat ke atas Nabi

Dari Umar bin Khattab dari Nabi Muhammad SAW bersabda:

Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat.

(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)


7. Melazimkan beristighfar

Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak pernah diduga.
(HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)



Selain itu, amalkan membaca doa murah rezeki ini

Ya Allah,
Berikanlah kepada kami rezeki yang luas
Kurniakanlah kepada kami rezeki yang Halal lagi baik tanpa memberatkan kami


Ya Allah,
Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah
Jika ada di bumi maka keluarkanlah
Jika jauh maka dekatkanlah
Jika dekat maka mudahkanlah
Jika sedikit maka banyakkanlah
Jika banyak maka berkatilah

Agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin, dan mereka yang dalam kesusahan dan kedaifan.


Ya Allah,
Kabulkanlah doa kami
Amin Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga Allah Memakbulkan doa kita semua. Semoga bermanfaat InsyaAllah. :)


Jom kita belajar lagi tentang Magnet Rezeki Cara Allah >> Download workbook 100 Hari Magnet Rezeki di sini >>>



* * * * * * * *

Nak lagi tips rezeki secara percuma terus ke handphone anda?
Sertai channel telegram >> TipMagnetRezeki

* * * * * * * * 

baca lagi

Tuesday, March 19, 2019

Hakikat Ujian Dan Bagaimana Berdamai Dengannya

Hari ni saya nak share tentang UJIAN.

Sahabat yang dah lama join channel Tip Magnet Rezeki mungkin pernah baca sharing saya ni..

Saya ada terbaca perkongsian ilmu di whatsapp tentang ujian.

Kenapa, bila kita diuji, kita rasa berdebar, serba tak kena, takut, cemas. Kenapa??


Diberi satu analogi..

Katakan kita sedang memandu dalam hujan lebat. Tiba-tiba, wiper pulak buat hal, rosak tak bergerak!

Kita jadi berdebar, susah hati, takut. Kenapa?

Kerana kita tak nampak jalan kat depan, takut berlanggar, takut terbabas. Padahal hakikatnya depan kita ada jalan yang terbentang luas.

Disebabkan penglihatan kita terbatas, tak nampak, kita jadi takut.




.
Sama juga dengan ujian.. Bila diuji, kita takut, risau, gelabah sebab kita tak nampak jalan penyelesaian kat depan tu.

Hakikatnya setiap ujian tu, pasti ada jalan penyelesaiannya. Dah tersedia di depan kita. Allah dah sediakan penyelesaiannya sebelum masalah tu datang pada kita lagi.


Kenapa kita tak nampakk?


(Aduh sentap betul dengan jawapannya ni.. Siapa tak ready jangan teruskan bacaan 😎)


Kita tak nampak jalan penyelesaiannya kerana ...



Kerana..

Lebatnya dosa-dosa kita.. 😭

Kita banyak dosa..


Ketika diuji, sebenarnya Allah sedang memanggil kita. Dengan penuh kasih sayang..


"Wahai hambaKu, kembali padaKu, 
bertaubat atas dosamu, 
akanKu penuhi segala keperluanMu.." 😭


Sebab tu, bila kita diuji, atau orang sekitar kita diuji. Subhanallah, sebenarnya Allah sayang, Allah nak suruh kita kembali kat DIA, Allah nak hapuskan dosa kita, supaya mudah Allah masukkan kita ke SyurgaNya kelak.

Dapat sesuatu?

Ucaplah ALHAMDULILLAH..

Nak baca perkongsian yang best-best melalui telegram?

Jom join channel >> TipMagnetRezeki


baca lagi

Bagaimana Nak Keluar Dari Keserabutan Masalah Hutang?


Semalam semasa sedang menyantuni ahli group whatsapp e-rezeki, ada yang bertanya berkenaan hutang. Bagaimana nak selesaikan hutang. Kira semua tips dan petua dah buat.


Di sini saya teringat pula, (tak ingat dah baca kat mana), ada seseorang mengadu, katanya semua dah buat, tips petua petui semua lah. Tapi hidup masih sukar dan sempit. Apa lagi yang kurang?


Lalu seorang yang berilmu tu menjawab, jika semua dah buat, mungkin yang kurangnya tu SABAR.

Deep juga ya jawapannya. Huhu




Ok berbalik pada soalan hutang tadi, saya pun mula mencari jawapan terbaik nak share dengan ahli group. Ye lah, saya bukannya ustazah ke pakar motivasi ke.. Kena la cari rujukan. Hehe

Jadi saya terjumpa semula nota ni, semasa saya terbaca satu artikel tentang hutang, saya pernah share dalam channel TipMagnetRezeki.

Silakan baca, moga ada manfaatnya ya..


+ + + + + + + +


Harini baca satu artikel tentang HUTANG.


1. Hutang banyakk. Apa nak buat?

Tenang2 saja, usah fikir sangat nanti stress. Bawa saja hutang ke sejadah. Solat taubat, solat hajat, doa supaya Allah bantu. Sedekah jangan lupa.



2. Ya semua tu dah dibuat.

Bagus. Teruskan saja. Cuma tambah lagi kualiti amalnya, tambah khusyuknya.



3. Dah buat semuanya, namun hutang makin banyak, malah pemiutang makin mengejar2. 😅

Subhanallah bagus. Itu tanda penyucian dosa2 lalu. Mungkin ada dosa yang belum kita mohon ampun pada Allah. Yang kita lupa, lalu Allah datangkan kifarah dalam bentuk belenggu hutang.

Terus saja mohon pada Allah, taubat dan yakin akan pertolonganNya. Kita sedang belajar berTuhan.



4. Bagaimana jika pengutip hutang mengejar?

Hadapi saja. Terangkan kita belum ada wang untuk bayar hutang. Bila ada duitnya, insyaAllah kita lunas hutangnya.

Tiada apa pun yang boleh menjejaskan kita tanpa izin Allah.

Pengutip hutang juga adalah 'alat' untuk Allah uji keimanan dan keyakinan kita. Juga menghapuskan dosa2 kita. Banyakkan taubat.




Ini ungkapan keramat yang pernah diucapkan oleh Ustaz Yusuf Mansur. Saya suka sangat ayat ni, semat dalam hati paling dalam ok. Bawalah segala masalah hutang kita tu, mengadu sunggu-sungguh dengan Allah.

Jika kita mohon Allah permudahkan, beribadah dan dekatkan diri padaNya, namun masih ada gusar - keyakinan kita padaNya masih lemah dan rapuh.

Allah Maha Kaya, hutang tu kecillll sangat dibandingkan dengan kekayaanNya yang memiliki seluruh alam ini.

Serius dalam perbaiki tauhid kita, taubat, serahkan urusan kita untuk diuruskan sepenuhnya mengikut kehendakNya.

InsyaAllah, dengan mudah Allah tunjukkan jalan untuk melunaskan hutang kita.


+ + + + + + + + +


Begitulah.. Mungkin artikel di bawah juga dapat membantu kawan-kawan :


3 Amalan Keluar Dari Kesempitan Dan Hutang

Doa Langsai Hutang

baca lagi

Tuesday, March 12, 2019

Ini Khasiat Pegaga Buat Otak Anak Yang Selalu Penat Dengan Aktiviti Harian Di Sekolah


Siapa yang ada anak yang dah sekolah mesti akan terdetik rasa kasihan bila tengok anak balik dari sekolah dan keletihan. Saya pun macam tu juga. ðŸ˜…

Lepas anak balik dari sekolah, sejukkan badan kejap, tak sempat rehat, terus kena mandi, solat zuhur, makan dan bersiap ke kelas KAFA pula. Belajar lagi sampai la jam 5.45 petang.

Balik dari kelas KAFA, terus solat asar dan bermain. Kalau tak dapat main petang boleh menangis dia. Huhu

Malam lepas maghrib nak mengaji Al Quran pula, siapkan kerja rumah dan susun buku untuk esok pula. Hujung minggu ada latihan taekwondo. Memang tak sempat rehat la dia.

Tapi dia ok ja, siap happy lagi. Kita yang mak mak ni la risau dia letih ke apa. Risau kalau dia tak dapat fokus dalam kelas. Ada juga sediakan suplemen untuk bantu dia.


Baru-baru ni saya ada terbaca post FB Dr Rizal Abu Bakar.


Dr ada share tentang jus pegaga untuk bantu POWER UP OTAK ANAK. Menarik perkongsian beliau.

Saya kongsikan kat bawah ni ya..


* * * * * *

Apabila anak pulang ke sekolah mereka letih. Begitu juga otak mereka. Lebih-lebih apabila tiada nutrisi untuk otak diambil mereka.

Petang ada kelas PAFA. Malam pula ada tuisyen. Sampai lembik budak-budak ini.  

Soalnya dengan begitu banyak aktiviti gunakan otak sepanjang hari, dapatkah mereka bertahan? 

Dapatkah otak mereka mencerap semua maklumat? Atau ia hanya jadi kelas sosial? 

Kita pastinya tidak mahu duit yang dilaburkan hanyut begitu sahaja. Keputusan anak masih tidak seberapa. Hasil masih jauh dari yang kita suka. 


Cara mudah ialah sediakan secawan air pegaga:

1. Ambil seikat pegaga. Basuh. Bersihkan. 

2. Masukkan ke dalam blender.  

3. Masukkan air. Ikut kepekatan mana yang kita mahu.  

4. Blend.  

5. Campurkan dengan madu atau gula apong (di Sarawak sahaja) atau gula kabong. 

Hidangkan. MUDAH dan CEPAT. 

Pegaga tingkat imun sistem. Buka pembuluh darah di dalam OTAK. .Nutrisi mudah masuk. Maklumat segera dihadam. Memori semakin baik.

P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti ..#DrOtak #OCOC 


- Dr Rizal Abu Bakar



Kredit Gambar : MediaMaklumat.Com


Menarik kan? Macam sedap nampak air tu. Bahannya pun murah dan mudah dicari. Nak tanam sendiri kat rumah pun lagi bagus. hehe. Bukan anak je, emak pun boleh la minum sekali. Kata nak sehatt.. ðŸ˜†


Antara khasiat lain daun pegaga :
  • Membantu menyembuhkan luka dengan menegangkan kulit dan meningkatkan antioksidan di bahagian yang luka.
  • Jus pegaga membantu mencegah kanser kulit yang disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran ultra unggu.
  • Ia boleh meningkatkan kecerdasan minda dengan melindungi sel otak dari pendedahan toksik.
  • Digunakan untuk merawat parut pembedahan dan kesan penegangan kulit sewaktu mengandung.
  • Baik untuk para ibu yang baru melahirkan bayi dengan membantu mengekalkan kembali bentuk badan.
  • Jus pegaga juga boleh digunakan untuk merawat ulser mulut.
  • Daun pegaga yang dikisar dan kemudiannya dijadikan jus boleh digunakan untuk merawat demam panas.
  • Membantu meredakan masalah penghadaman dan mengatasi masalah buasir.
  • Jus pegaga juga dipercayai dapat membantu mencerdaskan mental dan emosi. Ia dipercayai boleh meningkatkan kebaikan prestasi kanak-kanak yang mengalami kecacatan akal.
  • Membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kulit dan tekanan darah tinggi.
  • Mengurangkan tahap kolestrol dalam tubuh badan.
  • Jus pegaga juga dapat menyejukkan badan dan menyegarkan tubuh.
  • Dapat membersihkan darah, merawat ulser, sifilis, dan kelenjar limfa.


Jom lah kita sama-sama tanam pegaga di rumah. Boleh buat jus pegaga setiap hari ! Hehe

Moga anak anak kita membesar sebagai anak yang sihat, cerhas dan cerdas, kuat fizikal dan mentalnya.

Baca juga >> 6 Teknik Didik Anak Yang Diamalkan Masyarakat Jepun





baca lagi
 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard